Skop Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling
Berdasarkan surat pekeliling perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012:
FOKUS PERKHIDMATAN B & K
1. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti;
Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan Kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid
Pengurusan Profil Murid
Pendidikan Pencegahan
Konsultasi keibubapaan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
2. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek;
3. Sikap penyayang (kepedulian)
Budi bahasa
Konsep kendiri
Kepemimpinan
Komunikasi
Kekemasan diri
Ketepatan masa
Budi bahasa
Konsep kendiri
Kepemimpinan
Komunikasi
Kekemasan diri
Ketepatan masa
Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
4. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
Perlakuan ponteng sekolah
Perlakuan berunsur jenayah
Perlakuan berunsur kelucahan
Perlakuan berunsur kurang sopan
Perlakuan berunsur vandalisme
Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
5. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.
Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid
6. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif
Fokus Pengurusan Profil Murid
7. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
Menyediakan profil kerjaya setiap murid
Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi
8. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan penyelesaian.
Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
9. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokoktermasuk bahan inhalan.
10. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.
Fokus Konsultasi Keibubapaan:
11. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana;
kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan, melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan, melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
12. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan
‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a. PRS sebagai role model kepada orang lain
b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain
KAEDAH
13. Kaedah perkhidmatan:
Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau kelompok
Pelaksanaan program dan aktiviti murid
Penyampaian (Outreach) yang berkesan
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
14. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.
15. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).
Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
16. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.
17. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.
Menjalankan Tugas Luar
18. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.
19. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;
Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.
Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.
Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapatkelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
20. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.
Penyampaian (Outreach) yang berkesan
21. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid, maka guru B & K hendaklah;
Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.
Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
22. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah;
Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.
Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.
Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.
Kelas Ganti
23. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.
24. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.
25. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.
Sokongan Pentadbir Sekolah
26. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.
sumber : http://nurhaizachemat.blogspot.com/