RENUNGAN BERSAMA

"Kebencian hanya merugikan diri sendiri, tersenyumlah ketika disakiti. Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tegar dan damai."

Sabtu, 12 September 2015

KURSUS KEJURULATIHAN TEAM BUILDING






BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK BIMBINGAN & KAUNSELING, MGK SELANGOR DAN JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR



MGK SELANGOR MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN IAITU PUAN SITI ZAITON BT SELAMAT  KERANA SUDI MELUANGKAN MASA BERKONGSI IDEA DAN PENGALAMAN DALAM MEMANTAPKAN ,LAGI PROFESION KAUNSELOR DI SEKOLAH, TIDAK LUPA JUGA KEPADA PUAN NORLIZA BINTI MOHD NOAH KETUA PENOLONG PENGARAH DAN EN SAIDI BIN SAARI PP BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN BENGKEL INI

PESERTA BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PP BIMBINGAN & KAUNSELING EN SAIDI SAARI , KETUA PENOLONG PENGARAH PUAN NORLIZA BINTI HJ MOHD NOAH DAN KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PUAN SITI ZAITON BT SELAMAT


KUMPULAN PERANCANGAN STRATEGIK PPD SELANGOR
KUMPULAN PERANCANGAN STRATEGIK MGK SELANGOR

KUMPULAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH


KUMPULAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH MENENGAH






BIRO TATANEGARA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT ZON TENGAH 2015

BIRO TATANEGARA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT ZON TENGAH

TEMPAT   : BTN LANGKAWI
PESERTA : MGK SELANGOR
                       MGK PUTRAJAYA
                       MGK KUALA LUMPUR
                       MGK NEGERI SEMBILAN
                       MGK MELAKA

TERIMA KASIH KEPADA STAFF BTN LANGKAWI YANG BERSUNGGUH SUNGGUH MENGENDALIKAN PROGRAM INI DAN MEMBERI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA FASI YANG BAIK DAN SANGAT BERPENGALAMAN.. INSYAALLAH PANJANG UMUR MURAH REZEKI KITA BERJUMPA LAGI...

DELEGASI MAJLIS GURU KAUNSELING SELANGOR 2015/2017





SEMINAR PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING





MOU BERSAMA PIHAK ICAM
WAKIL PPD GOMBAK BERSAMA EN ABD RAHIM OTHMAN

EN AZMI MURAD DAN EN ABD RAHIM OTHMAN


PERWAKILAN DARI MGK SELANGOR

LAWATAN KE KILANG KERETA

LAWATAN KE KILANG ISUZU

SAFETY FIRST
LAWATAN KE KILANG VOLKSWAGEN
PEMBENTANGAN OLEH PROF MADYA DR NASIR BISTAMAM



PERWAKILAN MGK SELANGOR

PERWAKILAN MGK SELANGOR

PERWAKILAN MGK SELANGOR

Rabu, 26 Ogos 2015

Mesyuarat MGKS 2015/2017 kali 1

Mesyuarat MGK Selangor kali 1/2015
Bilik Qordoba, Pusat Latihan Sek 6, Shah Alam


PENGERUSI MESYUARAT - PN NORLIZA 
(JPN SELANGOR)
YDP MGK SELANGOR - EN AZMI MURAD B ABU YAMIN
(tengah berbaju biru gelap)
SAMBUTAN HARI JADI EN SAIDI

AHLI-AHLI MESYUARAT
NYDP 2 (SEK REN) - EN MAHEZAN B BAHAROM SHAH
(berbaju putih)


WAKIL-WAKIL PEJABAT PELAJARAN DAERAH NEGERI SELANGOR


MGK Selangor 2015/2017

SENARAI NAMA MGK SELANGOR TAHUN 2015 – 2017

JAWATAN
NAMA
SEKOLAH
YDP
AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
SAM NURUL IMAN
TIMBALAN YDP
YUSNITA BINTI MOHAMED YUSOP
SMK (P) BUKIT KUDA
NYDP I
ISMAIL BIN KADARI
SAM PASIR PANJANG
NYDP II
MEHEZAN BIN BAHAROM SHAH
SK BANDAR TASIK PUTERI
SETIAUSAHA
MUHAMMAD EFFENDY BIN ABDULLAH
SMK TAMAN DATO’ HARUN
PEN. SETIAUSAHA
WAN SYARMIELLA BINTI WAN SAMSUDIN
SK TAMING JAYA
BENDAHARI
HAMID BIN ASANAR
SMK TELOK PANGLIMA GARANG
PEN. BENDAHARI
NOR HISHAM BIN SEMAN
SK BANDAR BANTING
KLANG
SALLY JOW SAU LEE
SMJK KWANG HUA, KLANG
KUALA LANGAT
NASRULLAH BIN ABDULLAH @ MOHAMED
SMK BUKIT CHANGGANG
HULU LANGAT
HASRUL AISHAM BIN MOHAMAD
SMK ENGKU HUSAIN
HULU SELANGOR
MOHAMAD TARMIZI BIN JASA
SAMT KUALA KUBU BARU
GOMBAK
MUHAMAD LUTFI BIN ZAINAL ABIDIN
SMK TAMAN SELAYANG
SEPANG
 ZULKIFLI BIN MD DOLKABUL
SMK SUNGAI RAWANG
KUALA SELANGOR
ILMI BIN MD YUSOP
SMK PUNCAK ALAM
PETALING PERDANA
AZIZAH BINTI AHMAD
SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM
PETALING UTAMA
ZULAIHA BINTI ISMAIL
SMK SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA
SABAK BERNAM
MOHD FUAD BIN ABD RAHMAN
SMJK YOKE KUAN
AJK SEK REN
HERMAN BIN MOHD NOH
SK RAWANG
NORAZRA BINTI AMZAH
SK DATO’ MAHARAJA LELA
ZULKIFLI BIN ZAINUDIN
SK TAMAN BUNGA RAYA 2
ROZIMAH BIN YAAKOB
SK TAMAN PUTRA PERDANA
SUNTHARI A/P MAHALINGAM
SJK(T) BESTARI JAYA
JURU AUDIT
MASBAH BINTI LAMAT
SMK BUKIT GADING
JURU AUDIT
MOHD SHUKOR BIN MOHD HILMI
SK DOKTOR ABD LATIFF

Mesyuarat Agung MGK Selangor ke 5


PROGRAM BICARA PROFESIONALISME MGK SELANGOR BERSAMA-SAMA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR




Selasa, 30 Jun 2015


Skop Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


Berdasarkan surat pekeliling perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012:

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

1.  Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa  dan berfokus kepada program   dan aktiviti;

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid

Peningkatan disiplin diri murid

Pendidikan Kerjaya murid

Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Pengurusan Profil Murid

Pendidikan Pencegahan

Konsultasi keibubapaan

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
2.             Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek;
3.              Sikap penyayang (kepedulian)
           Budi bahasa
           Konsep kendiri 
           Kepemimpinan
           Komunikasi
           Kekemasan diri
           Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
4.              Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
Perlakuan ponteng sekolah
Perlakuan berunsur jenayah
Perlakuan berunsur kelucahan
Perlakuan berunsur kurang sopan
Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
5.  Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.

Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

6.     Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid
7.       Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya  tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan.  Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
           Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
           Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
           Menyediakan profil kerjaya setiap murid
           Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

8.    Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca  masalah, status tindakan penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
9.            Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebasbahaya HIVdadahrokoktermasuk bahan inhalan.

10.      Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:

11.         Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di   mana;
       kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam                   persekolahan, melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
12.         Fokus ini adalah meningkatkan  kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
           Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
        Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan    
       ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a.            PRS sebagai role model kepada orang lain
b.            Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c.            Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain


KAEDAH

13.          Kaedah perkhidmatan:
Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau kelompok
Pelaksanaan program dan aktiviti murid
Penyampaian (Outreach) yang berkesan
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

14.         Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.

15.          Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).


Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
16.          Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.

17.          Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.


Menjalankan Tugas Luar

18.          Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

19.          Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;

Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.

Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.

Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapatkelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

20.          Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.


Penyampaian (Outreach) yang berkesan
21.         Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid, maka guru B & K hendaklah;

Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.

Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.


Engagement  bersama murid, guru dan ibu bapa
22.          Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah;

Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.

Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.

Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.


Kelas Ganti
23.          Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.

24.          Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.

25.          Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.


Sokongan Pentadbir Sekolah

26.          Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

sumber : http://nurhaizachemat.blogspot.com/